BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 28, 2010

Sejarah Penubuhan

Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong mula beroperasi sepenuhnya pada 6 Januari 1975. Pada waktu ini, sekolah ini hanya menumpang buat sementara waktu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Killing Hall Batu 14 Puchong, kerana bangunan rasmi sekolah ini masih dalam kerja penyelenggaraan. Pada 10 Januari 1975, secara rasminya sekolah ini beroperasi. Pada ketika itu, sekolah ini hanya mempunyai 2 blok bangunan sahaja yang menempatkan seramai 242 orang murid dan di sekolah ini di beri nama Sekolah Menengah Rendah Puchong dan di teraju oleh En. Sharhadat B. Baharuddin selaku Pengetua sekolah.
Pada tahun 1980, sebuah lagi bangunan telah dibina bagi menampung pertambahan jumlah pelajar yang semakin meningkat. Sehingga sekarang, sekolah ini mempunyai 5 blok bangunan yang menempatkan seramai 1730 murid, 122 guru dan 11 orang kakitangan sokongan. Pada tahun 2002, sebuah buah makmal komputer telah di bina bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di mana ia boleh menempatkan seramai 40 orang murid dalam satu sessi pembelajaran.

1 comments:

Anonymous said...

Genial brief and this enter helped me alot in my college assignement. Say thank you you as your information.

.:: Search ::.